PENGENALAN UKIRAN KAYU

Ukiran kayu adalah salah satu seni tradisi Melayu di mana pengukir akan menyobek permukaan papan atau bungkah kayu bagi mencorakkan sesuatu motif. Antara lima jenis motif yang diterap pada kayu, adalah, flora, fauna, kosmos, geometri dan khat. Kebiasaanya, ukiran tidak menyerupai objek flora secara langsung tetapi diolah dalam bentuk simbolik agar menyerupai objek tersebut. Ia merupakan satu seni pertukangan yang wujud sebelum abad ke-16 di Semenanjung Malaysia.

Seni ukir merupakan seni warisan Melayu yang sudah bertapak sejak berkurun lamanya dan mempunyai nilai peradaban yang tinggi. Berkonsepkan keseimbangan alam berdasarkan komposisi, pemilihan motif dan bentuk ukiran. Pengolahan dalam seni ukiran ini berhubung rapat dengan falsafah ketuhanan dan alam semesta. Ukiran juga digunakan pada rumah-rumah Melayu bagi menambahkan nilai estetik dan menyokong rupa atau sendi kepada bentuk bangunan.

Sebelum kedatangan Islam pada abad ke-13, seni ukiran dipengaruhi dengan kepercayaan Hindu dan Buddha. Ukiran yang dihasilkan pada ketika itu, banyak menggunakan motif Hindu dan Buddha untuk menghormati dewa-dewa. Sejak Islam mula bertapak di Kerajaan Langkasuka pada abad ke-16, seni ukiran turut merubah daripada segi motif, maksud dan tujuan.

Seni ukiran yang berasaskan daripada kepercayaan Hindu seperti stupa, makara, teratai dan gunungan, masih digunapakai sehingga ke hari ini. Motif haiwan dan dewa Hindu telah digantikan dengan motif flora dan khat yang dipengaruhi daripada gaya Langkasuka Tua. Ukiran stupa boleh ditemui pada elemen seni bina rumah Melayu seperti buah buton ataupun di pintu gerbang rumah. Gunungan pula membentuk seperti puncak gunung atau pohon budi (pokok kehidupan) yang kebiasaannya digunakan sebagai simbol status yang diletakkan pada pintu gerbang istana, mimbar atau kuburan.





sumber : koleksi persendirian
PERALATAN MENGUKIR KAYU

Pahat

Alat ukir yang dibuat daripada besi yang sebelah hujungnya tajam untuk menebuk atau mengukir kayu.  

Jenis Pahat :


Ø  Pahat Lurus:  membalak dan melicinkan ukiran

Ø  Pahat Kuku: membentuk dan membuat lekuk sederhana

Ø  Pahat Kerup: membuat lekuk yang dalam

Tukul kayu

Digunakan untuk mengetuk pahat semasa mengukir. Tukul dibuat daripada kayu yang keras, kuat dan mempunyai daya pantulan.

Kertas pasir

Digunakan untuk melicinkan dan menghaluskan ukiran


gambar dari laman web muzium kraftangan

FUNGSI SENI UKIRAN KAYU MELAYU TRADISIONAL

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.

                                      KUKUR KELAPA                       HULU KERIS



                                                       MEJA                               KEPALA KATIL

sumber : koleksi persendirian


JENIS JENIS UKIRAN KAYU

Ukiran Tebuk Tembus

 

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakangerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenisukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagiukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yangmelengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yangmenunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.



sumber : koleksi persendirian


UKIRAN BUNGA TIMBUL

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot,mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk. 


sumber : koleksi persendirian



UKIRAN LARIK

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengansusunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya


sumber : koleksi persendirian


TOKOH UKIRAN KAYU DI MALAYSIA

WAN SU OTHMAN

Beliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan merupakan tokoh seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni datuk saudaranya Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi, bakat sebagai pengukir telah menyerlah pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam wayang kulit Melayu.


Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.


Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga.




semua gambar koleksi persendirian 

VIDEO BERKAITAN








KESIMPULAN

Seni ukiran kayu Melayu tradisional merupakan salah satu bentuk seni halus yang mencerminkan kekayaan budaya dan warisan masyarakat Melayu. Ukiran kayu ini tidak hanya menampilkan keindahan estetika melalui motif dan desain yang rumit dan detail, tetapi juga mengandung nilai simbolis dan filosofis yang mendalam. Motif yang sering digunakan dalam ukiran kayu Melayu meliputi flora dan fauna, geometri, serta elemen-elemen alam semesta yang dipercaya membawa makna dan pesan tertentu. Teknik ukiran ini turun-temurun dan menjadi sarana penting dalam melestarikan identiti budaya. Selain itu, ukiran kayu Melayu tradisional tidak terbatas, tetapi juga digunakan dalam perabot rumah tangga, alat muzik, dan benda-benda seni lainnya.



RUJUKAN

Ukiran kayu warisan Melayu (2009). Kuala Lumpur, Malaysia: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Abdul Halim Nasir. (2016). Ukiran kayu Melayu tradisi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nuansa ukiran kayu Melayu (2015). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Ismail Said & Ahmad Saifuddin Abdullah (2001). Species-species Kayu Dalam Seni Ukiran Melayu. Johor, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.



MAKLUMAT ORANG SUMBER 

NAMA: EN ARIEFF BAKAR BIN ALI (Pak Arep)

UMUR: 63 TAHUN

PENGALAMAN: 20 TAHUN 

PEKERJAAN: TUKANG UKIR KAYU 


                                                            Gambar Pak Arep 
sumber : koleksi persendirian

                                                              BUKTI TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER

sumber : koleksi persendirian


Comments